Khamis, 27 Januari 2011

Isu Ekonomi: Siapa Hendak Kita Percaya?

Saturday, July 19, 2008
inilah komen saya di blog A Kadir Jasin...

Isu Ekonomi: Siapa Hendak Kita Percaya?
A Kadir Jasin
KALAU kita sudah puas atau sudah jemu dengan cerita bunuh, liwat, lewat, akuan bersumpah, tangkapan ala-Swat dan macam-macam lagi cerita sensasi, elok kalau kita kembali ke alam nyata.Alam yang penuh dengan sungutan dan rungutan. Alam yang dihuni manusia yang resah, gelisah, susah dan menyampah dengan ekonomi yang terumbang ambing dan janji-janji yang dimungkiri.Janji sebuah negara yang sejahtera, aman dan makmur seperti diuar-uarkan di dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Negara cemerlang, gemilang, terbilang yang suatu masa dulu didendangkan.Siapa yang hendak kita percaya? Rakyat jelata yang berkata mereka semakin menderita? Para pembesar pemerintah yang mendakwa semuanya terkawal dan terjaga? Pembangkang yang menuduh kerajaan lemah, rasuah dan tidak berdaya? Atau ramalan pesimis para pakar ekonomi dan penganalisis?Mari kita pertimbangkan fakta berikut:read the rest http://kadirjasin.blogspot.com/2008/07/isu-ekonomi-siapa-hendak-kita-percaya.html

syamkaze said...

Tuan,
1. Sebagai seorang rakyat malaysia, saya letih dengan isu-isu politik murahan yang cuba disogokkan oleh BN dan PR. Siapa betul siapa salah, apa rakyat malaysia peduli? bukan kami rakyat marhein yang nak jadi PM.
2. Ternyata media massa arus perdana setiap hari cuba menghidangkan kepada rakyat tentang permasalahan dan isu politik murahan. rakyat cuma ingin tahu apa langkah yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk meringankan beban ekonomi yang melambung tinggi dan inflasi.
3. Isu perkauman juga seringkali diputar belitkan oleh semua pihak politik baik BN atau PR. Siapa yang bergaduh? di Malaysia bangsa melayu, cina dan india hidup aman damai. Yang bergaduh ialah MP-MP bangsa BN dan Bangsa PR. Orang Melayu cuma ingin meneruskan kelansungan hidup, Orang Cina cuma mahu kuatkan bisnes dan orang India cuma mahu keluar dari kepompong kemiskinan. kami rakyat marhein tidak mahu bergaduh. kami cuma mahu ekonomi maju dan semua orang boleh cari rezeki masing-masing dan boleh beli beras, makanan basah, susu anak dan minyak dengan harga yang berpatutan.
4. Malangnya, kerajaan pimpinan PakLah tidak memahami kepentingan rakyat ini. Keputusan PRU12 cuma satu pengajaran agar kerajaan PakLah mengkaji semula perlaksanaan ekonominya. Lebih malang lagi, selepas PRU12 kerajaan PakLah tidak insaf malah mahu membalas dendam kepada rakyat. Hasilnya harga minyak dinaikkan tanpa lansung memikirkan kebajikan rakyat. kesannya inflasi meningkat dengan mendadak.
5. jika harga minyak naik sebanyak 41% adakah logik semua pihak jika Gabenor BNM, menteri kewangan & PakLah memberi jaminan yang inflasi hanya akan naik sekitar 5% sahaja. Rakyat mana yang ingin ditipu dan dibodohkan oleh kerajaan? warga kota atau makcik dan pakcik yang duduk di ulu kampung, felda atau pedalaman sabah sarawak yg selama ini setia memangkah dacing?
6. Penyerahan kuasa Presiden umno PakLah kepada DS Najib? semua perhubungan umno negeri setuju calonkan regu PakLAh & DS Najib as presiden & Timbalan presiden Umno?inikah definisi demokrasi? Puas saya membaca falsafah demokrasi tetapi tak pernah pula jumpa bab ini? mungkin tuan A Kadar Jasin yang memang mahir dan pakar dalam bab sosiologi manusia boleh terangkan falsampah demokrasi yang dianuti oleh umno. Orang melayu peduli apa? ahli bawahan umno pula tak boleh nak peduli. sebabnya ketua cawangan dan ketua bahagian yg tentukan siapa patut dicalonkan sebab nak jaga periuk nasi sendiri bukannya periuk nasi rakyat. maaf ye bukan rasuah! alaa ..politik wang aje...
7. pakar ekonomi dunia meramalkan ekonomi US dan dunia akan menguncup selepas sukan olimpik beijing. Kenaikan inflasi dan kemelesetan ekonomi dunia dijangka berlaku. Malaysia macam mana? olimpik belum mula pun, ekonomi dah menjunam, lepas olimpik agaknya ramai yang terjun bangunan kerana hutang.8. Akhirnya, inilah kesannya jika kita rakyat marhein mahupun pemerintah tidak berlaku adil dengan memilih dan meletakkan orang yang benar di tempat yang betul. wahai rakyat malaysia,akuilah hakikatnya, kita telah memilih orang yang salah untuk berada ditempat yang salah dan pada masa yang salah. soalnya siapakah yang bersalah....jawapannya...mereka dan keluarga mereka...
10:20 PM

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama