Ahad, 17 Januari 2010

harapan 2010




masa berlalu pantas, 2010 sudah 16 hari berlabuh. saya terbangkit dari mimpi-mimpi 2009 yang resah dan gelisah. pelbagai gejolak politik negara dan pergaduhan keluarga yang menimpa diri saya. namun saya bersyukur kerana tirai 2009 yang berlabuh dapat ditutupi dengan kemaafan sesama insan dan sahabat handai.

2010 bermula dengan naiknya pancaran bunga api. meriah sungguh kota KL dari soroton mata saya yang duduk di anjung kondo tingkat 18. percikan bunga api di dataran merdeka dan damansara perdana bagai saling berlawan. esoknya di koran harian terpapar naiknya harga gula. maka bermulalah kembali anekdot janggal yang selalu ditutur pembaca buletin 3, kurangkan gula elakkan resiko diabetis. apalah sangat 20 sen untuk warga kota seperti saya. tapi nanti dulu, jangan bisa cepat konklusinya. 20 sen memang tidak ada apa-apa hal pun. tetapi bila menikmati teh tarik di corner mamak keesokkannya, harga teh tarik dan roti canai yang selalunya dibayar RM2 telah naiknya kepada RM2.20. RM2.20? apa korelasinya naiknya harga gula dan harga susu cap junjong? tak relevan! balik kerja pula sang isteri mengomel harga roti jiga naik 30 sen? wah ! ketibaan 2020 dengan kenaikan harga isi dapur. mana bisa ini?

saya fikir rakyat 1malaysia pasti akan mengomel dan meracau. sepanduk bantahan pasti berlaku. tapi entah dimana silapnya, seusai solat jumaat di masjid wilayah KL, berkumpul umat melayu membawa sepanduk membantah kebenaran mahkamah tinggi membenarkan nama ALLAH digunakan oleh editor akhbar herald gereja kotolik dalam isu bahasa melayu sebagai ganti nama tuhan. ALLAH HUAKBAR! 2010 ini lain macam isunya.
sebagai orang melayu beragama islam, saya merasa ngeri untuk berdebat apatah lagi berhujah dengan isu ini. ALLAH itu adalah zat yang teragung. tuhan yang patut disembah. seorang rakan dari parti pemerintah begiru bersemangat membangkang keputusan mahkamah tinggi itu. beliau pantas memetik ulasan seorang ulamak terkenal tanahair iaitu kita boleh menghampiri dosa syirik jika menyokong orang bukan islam dalam isu ini.
berbeza lansung dengan seorang rakan dari parti bulan terang yang kelihatan rileks dan bersahaja ila membincangkan isu ini. katanya apa ada pada nama? yang penting tauhid kita kepada Allah.

esoknya saya tergempar membaca gereja di KL pula dibaling dan dipecahkan dengan ankara individu yang marah. dengan rasa rendah diri, saya berharap semua pihak bersabar dan mencari jalan penyelesaiannya. jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada isu ini ataupun menggunakan isu ini untuk kepentingan politik. nasihat saya kalau hendak berpolitik pun, janganlah berpolitik dengan mempermainkan nama tuhan.

2010 sudah tiba. apa pula azam anda? azam saya ialah untuk menjadi manusia yang lebih bertaqwa dan berfikiran terbuka. saya mulakan azam 2010 dengan solat berjemaah setiap maghrib di masjid. saya juga mencuba untuk solat berjemaah setaip zohor dan asar di surau pejabat manakala solat berjemaah subuh dan isya' dengan anak dan isteri di rumah.

harapan 2010 adalah semoga negara kita makmur, aman dan sejahtera. harapan 2010 juga moga kita semua berjaya dalam cita-cita masing-masing.

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama