Khamis, 27 Januari 2011

balik kampung in Malaysia

inilah komen saya di blog che det....


BALIK KAMPUNG
By Dr. Mahathir Mohamad on September 29, 2008 5:07 PM

Balik kampung is a great tradition. It helps renew our ties and relationship with other members of our parent's family and relatives. And if we really come from the kampungs, it would remind us of our past, our bucolic antecedents and the simple life that we lead.Malays and Chinese alike religiously practise this great tradition. The cities and towns would become very quiet, the streets almost empty and the air free of smoke and dust.My regret is that many who take to the roads to balik kampung will never reach home. They would die in unfortunate road accidents. Instead of their relatives welcoming them with joy and love, their Hari Raya or Chinese New Year would be a sad one as they mourn their bereavements.
Then there is the return to Kuala Lumpur and again quite a few will not make it.Lots of things have been tried by the Government of Malaysia to reduce fatal road accidents. But the figures keep on increasing. read the rest http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/09/balik-kampung.html

By syamkaze on September 30, 2008 12:28 PM
Yang berbahagia Tun,
Apabila berlaku kemalangan jalanraya ketika ramadan rakyat malaysia dan media relatifnya, cenderung menyalahkan sikap pemandu. Memang betul. pemandu kenderaan di jalanraya malaysia semuanya gila. gila nak cepat sampai. pantang salah sikit. semua hilang sabar.
Cuma marilah kita fikirkan sejenak kenapa pemandu kenderaan di Malaysia semuanya gila. gila nak cepat sampai.
1. nak ambil lesen mahal. orang-orang politik dah monopoli sekolah memandu. nak lulus test pun pelajar kena hulur kat instructor. kaedah ujian pun main tangkap muat. Driving school pun, kroni orang-orang politik yang punya.
2. nak beli kereta pulak mahal. duty kerajaan gila punya tinggi. Siapa ye agaknya yang beri cadangan naikkan duty import kereta? sangat menyusahkan rakyat. purata harga kereta adalah 30 kali gaji sebulan bagi seorang rakyat Malaysia. Kat US dan UK, sebijik kereta baru boleh dibeli dengan 3-4 kali gaji sebulan. duty import yang kerajaan collect tu agak-agaknya pergi kemana? Harga kereta jugak telah dikontrol. lesen-lesen dealer jual kereta, siapa yang pegang? kroni dan subkroni orang-orang yang pegang jawatan politik jugak.
3. hari ini kalau nak beli kereta, bagi rakyat marhein atau seorang siswazah yang baru bekerja hanyalah termampu kereta nasional. Tun kenalah akui hakikat, kereta dibuat di malaysia rendah kualitinya. Statistik menunjukkan 9 per 10 dari kereta yang terlibat dalam kemalangan di Malaysia adalah kereta Nasional. Opps! Tun ada kata kualiti adalah subjektif. Chairman Proton pulak kata: You get as what you pay. sudahnya rakyat Malaysia hanya layak pakai kereta yang rendah kualitinya. Janganlah kita sakit hati kalau menonton rancangan TV tentang kereta macam Topgear, kereta-kereta buatan Malaysia pakat kena gelak. Diorang cakap rubbish. Kenapa yaa, kereta malaysia tak boleh dijual kat US? Macam mana nak tingkatkan kualiti, yang jadi vendor kereta-kereta buatan malaysia pun kroni dan subkroni orang-orang yang dah ada jawatan politik di Malaysia.
4. Nak beli kereta pun nak kena pinjam bank. Maklumlah harga kereta mahal kat malaysia ni. Faedah pun kena kontrol dengan bank-bank. Tak boleh rendah sesuka hati. Lewat bayar satu bulan, hari-hari kena call dengan officer bank. Lewat bayar dua bulan, alamat kena tahan dengan kaki samseng dan gangster berlesen. Jangan tak tahu, bank sekarang dah pandai upah gangster tarik kereta. Syarikat ganster tu dan bank yang jadi ahlong berlesen tu sahamnya dipegang oleh kroni dan subkroni orang-orang yang ada jawatan politik jugak.
5. Lepas dah bayar bulan-bulan tiap tahun kena bayar roadtax dan insurans. Kalau accident, macam-macam syarikat insurans kelentong. Pemandu kat malaysia akhirnya ternganga. Macam-macam klause dalam kontrak yang tak menyebelahi pengguna dan pemilik kereta kat malaysia. Saham syarikat insuran tu pun adalah kepunyaan kroni dan subkroni orang-orang yang dah ada jawatan politik di Malaysia.
6. Bila dah start enjin kereta, kena jugak isi minyak. Harga minyak? Malas nak cerita. Dah berjuta komen rakyat dibakulsampahkan oleh kerajaan. Dah berbuih mulut menteri menjawab kritikan. Paling meluat apabila pembaca tv dak ulang cakap harga minyak kat malaysia ni jauh lebih murah dari singapura dan thailand. Lepas tu orang umno, mca, mic dok ajuk cakap yang sama. Kenapalah tak nak bandingkan pulak pendapatan perkapita rakyat malaysia dan singapura? Kenapa pulak tak nak bandingkan kadar tol dan kadar duty import kereta di thailand dan Malaysia? Cuma satu perlu dijelaskan, harga minyak di Malaysia adalah 5 kali lebih mahal dari mana-mana negara pengeluar minyak di dunia. Chairman petronas cakap, harga minyak tinggi sebab kos produksinya sangat tinggi. Cuma nak tanya sikit, kos produksi minyak oleh petronas di malaysia bayar kat sape? Pastinya kepada syarikat kroni dan subkroni orang-orang politik kat malaysiakan?
7. Bila memandu kat jalanraya pulak, tak masuk jalan bertol namanya tak sah. Kadar tol pulak naik setiap tahun. Konsesi 30 tahun bertambah-tambah puluh tahun tak pernah tamat. Yang susahnya rakyat malaysia. Kepala otak sape yaa yang cadangkan buat jalanraya bertol ni? Dari hatyai ke bangkok jalanraya tiga line takde tol pun. Syarikat tol pulak di Malaysia ni dikuasai oleh kroni dan subkroni orang-orang politik kat malaysia.
8. Kalau lalu jalan biasa, alamat tak sampai-sampai. Korek sana lubang sini. Minggu lepas baru di tar, hari ini jalan dah berlubang balik. Agak-agaknya kontraktor jalan tu timbus lubang dengan apa ye? Malas lah nak cakap, memang sah dan nyata, syarikat kontraktor yang dapat kontrak bina, ubah, selenggara dan turap jalanraya pun adalah kroni dan subkroni orang-orang yang pegang jawatan politik kat malaysia.
9. Bila kereta dah langgar lubang,mulalah berbunyi dan rosak sana sini. Bila dihantar ke bengkel, alatganti yang diguna 90% bukan yang asli. Mana tidaknya kerajaan tak mampu nak kawal. Syarikat pengimport, penjual dan pengusaha bengkel pun banyaknya adalah syarikat kroni dan subkroni orang-orang politik jugak. Apa nak heran kalau MB trengganu beli kereta merc, kalau selenggara kereta nasional setahun kosnya 4 kali ganda dari harga kereta sebenar.
10. Kalau bawak slow-slow pun masih ada kebarangkalian terlibat dalam kemalangan. Lori terlebih muatan dan bas yang lebih laju dari ferrari pun bersepah kat jalanraya. Apa nak heran, taukeh lori bukan yang bawa lori, lebih muatan pun sekarang ni dah boleh kauteam. Hari ini saman pun esok buat lagi. Pemandu bas pulak main tangkap muat. Drug-addict ke, bangla ke, indon ke, tak kisah, janji bas boleh jalan janji bas cepat sampai. Tak lulus puspakom, dah boleh kauteam. Apa nak dirisaukan, syarikat lori dan bas pun, kroni dan subkroni orang-orang yang pegang jawatan politik kat malaysia yang punya.
11. Janganlah asyik nak salahkan rakyat malaysia sahaja. Kesimpulannya kalau dah nama kroni dan subkroni tu, paham-pahamlah apa maksudnya bila diterjemahkan kepada Ringgit dan Sen.
Selamat berhari raya dan maaf zahir batin.
p/s - yang duduk dibangku belakang tu, pakailah talipinggang keledar. Suka nonton iklan pontianak di tv?

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama