Khamis, 27 Januari 2011

makan-makan di JB

Sarapan pagi hari ini, saya sempat ditanya oleh seorang senior tentang tempat makan best di JB. sambil cuba mengingati, akhirnya saya emailkan kepada beliau senarai tersebut. berikut adalah senarai tempay makan best yang saya suka di Johor bahru. 9 tahun hidup dan bekerja di JB, banyak juga tempat makan best yang saya telah cuba.

1. Minum pagi di hutan Bandar makan mee rebus tulang dan lontong kering.
2. Atau pun Boleh juga breakfast mee rebus ayam goreng dara di Restoren ulam raja di Bandar Baru Uda atau Nasi lemak hangit dan sup jalan padi.
3. Makan tengahari di Gerai Wak Dol Jalan Dato Musa di Kg Pasir menu best gulai lemak siput sedut, sup tulang dan teh o bunga ais.
4. Lunch hour juga sedap kat Gerai nasi briani gam taman dahlia. (kesukaan tn haji azhar)
5. Kalau berkesempatan pergilah lunch ke Kg Pasir Putih di Pasir Gudang makan siakap gorang ranggup, udang goreng dan asam pedas di kedai makan rahmat.
6. Minum petang pula boleh try laksa asam dan pisang goring cicah kicap di kedai Jalan Pisang Kg Pasir. Terangkat tuu…
7. Boleh juga minum petang di Gerai bomba jalan larkin nikmati roti kacang Pool dan ABC (ABC paling sedap di Malaysia lebih kacang lebih jagung lebih aiskrim)
8. Dinner sedap di Juara seefood di taman Cempaka. Masakan ala siam Kelantan menu-nya paling best tomyam thai merah dan siakap 3 rasa dan air tembikai.pehhg..sedap gila
9. Supper pulak boleh pergi melepak di Restoren singgah selalu di hadapan danga bay. Ada 1001 menu. Tapi yang paling best dan ramai orang tak tahu ialah pau goreng cicah kari dan udang goreng nestum. Memang the best.
10. Tak pun boleh ke kempas pekena bubur nasi telur asin dan sayur kangkung. Memang nyenyak tido…….malam tu.
11. Tapi kalau rasa nak entertain member baik , ajak le ke hotel M-Suite. Menu paling best ialah asam pedas ekor. Itu adalah menu kesukaan MB johor dan tuan punya owner hotel.
12. Kalau ada banyak masa terluang, ajakle sedara Jb tuan ke Kulai di Bandar Indahpura cari Restoren Lapan Kati China Muslim. Menu paling lazat ialah Siakap Vietnam sos dan udang goreng mentega. Ataupun boleh nikmati makan malam nasi lemak ayam goreng haji di jalan pinang di kulai. Memang masuk..
13. Tapi kalau ada hal di kota tinggi cubalah nasi ayam Hainan dan sayurnya di restoren baser untuk makan tengahari atau restoren seefood hasan ong depan bank islam kota tinggi disebelah malam.
14. Ataupun boleh cuba mencuba nasi ayam penyet di Taman Universiti.
15. Tapi kata orang, tak sah kalau ke JB tapi tak pekena menu-menu dibawah,
a. Mee rebus haji wahid makan ngan otak-otak di plaza angsana
b. Murtabak Singapore di kg melayu
c. Dinner Steak di sweet seventeen
d. Mee rebus Singapore di stulang
e. Bubur nasi taman sentosa (dulu confident halal tapi sekarang ??? sebab pekerjanya ramai indon)
16. If happen, kalau berada di JB pada hari jumaat, sebelum solat boleh try nasi ayam roasted atau nasi bukhari (Friday only) di restoren hani & Husin di Bandar baru uda. Lepas solat jumaat di Uda bolehle pekena cendol best di tepi petronas uda, atau pun di depan maybank tmn bahgia atau kat tepi pos opis tampoi.

Label:

2 Ulasan:

Blogger anna berkata...

Sarapan pagi di Denai 2 Kempas berhampiran otak2 kempas best juga nasi dagang terangganu dengan gulai ikan tongkol, nasi kerabu, nasi belauk dan laksam. Yang bestnya ayam madu lain dari yang lain, gulai ayam dan hari sabtu dan ahad kerutut daging kelantan.

25 Julai 2011 pada 5:38 PTG

 
Blogger Unknown berkata...

Cuba pula Nasi Ayam Salai di Jalan Kebudayaan 18, Taman Universiti, Johor. Satu-satunya di Johor. Nasi ayam salai ala chinese style dan biasanya sekitar jam 2-3 petang dah habis. Sebaiknya booking dulu, kalau tak nanti kempunan....

16 Mei 2015 pada 4:17 PG

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama